Krisis Somalia: Suatu Pengajaran


hai,
skepsis ari ni ada terbace mengenai isu somalia di CNN. ramai askar Union Africa mati ketika bertempur dengan extremist Somali (Al-Shabaab) yang dikatekan punyai hubungan dengan Al-Qaeda. walaupun pihak Union Africa mencapai kemenangan tapi ia di bayar dengan kos yang mahal sekali iaitu nyawa manusia. krisis ni patut kite jadikan pngajaran untuk negara kite dimana bersatu adalah perlu n percanggahan pendapat tak kire tahap sekecil sebuah keluarga sekali pun tak boley di pandang remeh n perlu ditangani segera. Somalia sebuah negara Islam yg terkenal dengan lanunnya (moden ckit je dari Pirate of The Caribbean). If kite masih ingat lagi kerakusan mereka dalam mencari kekayaan n kemasyuran di negara sendiri sehingga kapal dari negara Islam laen pun mereka sanggup 'hijack' terutama Malaysia. Skepsis berterima kasih dengan angkatan tentera laut Malaysia kerana cepat bertindak. if kite renung kembali, sejarah negara sekitar benua Africa ni sentiasa bergolak. benua africa adalah contah nyata n jitu tuk membuktikan persatuan n perpaduan adalah satu nikmat hidup n senantiasa di sebut oleh Allah S.W.T melalui RasulNya. ape yg ironinye kebanyakan negara africa ini merupakn negara Islam. kite pasti terpkir macam mane perkare ini boley berlaku sedang kan pengajaran Islam itu same seluruh Dunia (tuk Sunnah la, tuk Shiah pihak skepsis tak tau).

kite susuli sejarah Afrika pasti kite akan kagum dengan ketamadunan mereka kembali jauh sehingga 3500 BC ( kerajaan Ta-Seti), Firaun n Carthage. somalia adalah salah satu main area ketamadunan ketika itu shingga Vasco Da Gama ade mnyebut dalam diari perjalanannye. dulu sejarah Afrika sangat hebat tapi selapas mnculnya orang Eropah sejarah mereka mule berubah...mereka di pandang hina....setaraf hamba.....gelap.....kasta rendah ......mybe disebabkan ini jga mereka jadi seperti mereka yang kite knal sekarang.....mereka mau buktikan pada dunia kewujudan mereka n perlu digeruni seperti nenek moyang mereka....ini hanye pendapat skepsis n dalam skepsis juga rase, sejarah mereka skrg direncana sedemikian rupa oleh orang Barat (Colonial sehingga Era Amerika)...bkn bermaksud Racist, just pendapat ..berdasarkan perjalanan sejarah mereka...
p/s bukan semua orang Barat tu bersifat demikian ;p
negara-negara Afrika berdasarkan tahun kemerdekaan
1 Response
  1. Afrika adalah sebuah benua yang cantik, dengan kepelbagaian ketamadunan, suku kaum, budaya, dan pecahan negara yang banyak.
    Kita lihat dari sudut suku kaum yang pelbagai, di bumi afrika amat banyak, sehingga bahasa sesuatu suku itu tidak langsung di fahami oleh orang afrika sendiri.
    Dari kepelbagaian suku ini, lahirlah kepelbagaian pendapat, maka kelemahan pemimpin negara adalah punca perbalahan yang sering berlaku. ini menunjukkan kekuatan pada satu-satu kerajaan itu menguruskan kepelbagaian kaum dan pendapat tidak ada di afrika.
    Mari kita renung sejenak dizaman pemerintahan Almarhum Saddam Husin,Iraq juga memiliki kepelbagaian suku' namun dengan pemerintahan tentera oleh Saddam, suku' tersebut hanya berdiam ini kerana mereka merasakan pemerintahan kerajaan saddam kuat dan tak mudah untuk bersuara. Tapi apabila saddam tumbang, kita lihat di Iraq sekarang, berlakunya perpecahan etnik, pelbagai pendapat ditengahkan, hanya ingin menunjukkan siapa betul... dan akhirnya perbalahan, mengakibatkan apa yang berlaku sekarang ini.. negara Iraq tidak aman.
    Saya ingin membawa pemikiran saudara untuk berada di dalam situasi negara kita. Pada pendapat saya hanya 'kekuatan' pemerintah sekarang ini dapat meneruskan kemajuan negara dan keamanan. saya tidak menyokong mana2 parti politik, tetapi kekuatan yang ditujukkan sekarang masih belum dapat ditandingi oleh pihak lawan mahupun kawan.Dan kita masih boleh menghirup udara nyaman, bermain tenis, dn sebagainya tanpa memikirkan perbalahan sesuatu kaum.

    p/s>"jangan cuba bermain dengan politik" kata Almarhum Ayahanda saya.


    Brape Kali Kene Kelik