Sekolah Seni: satu ironi atau fantasi??


hai,
skepsis ade membace berita harian ari ni mengenai dilema sekolah seni, lbih 100 orang peritis sekolah seni di Johor Bahru n Kuching mempunyai permasalahan untuk kmasukan ke IPT d mane sistem yang mereka gunekn berbeza dengan sekolah biase. mereka ni gune sistem Band (mcm MUET) tapi sampai sekarang masih tiade keputusan rasmi dari pihak KPT. yang mnarik prhatian skepsis adalah sekolah seni ni secare tak langsung menggambarkan ketidakpekaan kerajaan dlam isu pendidikan. bukan mau mengutuk atau tak puas ati, just pendapat sebagai rakyat. isu ni lebih kurang cam isu pelajaran sains. kerajaan amat menitik beratkan pendidikan sains sampai wujudkan aliran sains tulen n gunaan. skepsis sendiri adalah pelajar aliran sains tulen (pelajar SASER ;p). tuk kemasukan matrik n Universiti memang kami tak de masalah seperti pelajar sekolah seni, tapi yang jadi masalah adlah lepasan kami. skepsis puji dasar negara yg mau rakyat membangun bersama sains tapi 'output' bagi lepasan sains sperti di abaikan. terus terang skepsis katekan ramai pelajar sains (terutama yg ambik biosains cam skepsis ni) pergi merantau negara orang laen kerana pemintaan sane banyak dibandingkan negara sendiri. ye, skepsis tau bukan mudah tuk bangunkan sebuah negara Bioteknologi seperti yg dilaungkan kerajaan tapi semenjak ni peruntukan tuk penyelidikan dikurangkan n tiada penambahan institut penyelidikan. sekarang makin banyak syarikat bioteknologi, tapi RnD kurang kerana bajet yg terhad n kurang sokongan kerajaan. kes seperti sekolah seni ni patut jadi ikhtibar kepada kerajaan n orang yang berkuasa dalam hal ni tuk kaji balik bukan hanye fokus pada 1 tempat tapi semua penjuru. kepada pelajar sekolah seni johor bahru n kuching, skepsis doakan yg terbaik n jangan bimbang rezeki de dimane-mane lagi dalam bidang seni seprti korang.
p/s skepsis dlu kt sekolah rajin join deklamasi sajak, teater, forum n hobi pulak melukis ;p
2 Responses
  1. Sesuatu dilihat dalah sistem pendidikan negara, iaitu pemilihan mata pelajaran bagi pelajar pandai dan kurang bijak.
    Tidak dinafikan penglibatan dalam subjek sains banyak dipelopori oleh pelajar yang bijak, dari pelajar-pelajar yang hanya mendapat markah kurang baik diberi pilihan sama ada untuk menduduki kelas sastera atau akaun. Namun berbeza dengan pelajaran seni... subjek seni hanya diberikan kepada pelajar yang dianggap tidak cerdik.
    Mari kita lihat dari sistem pembelajaran disekolah sahaja telah menunjukkan "ketidakadilan" dalam pendidikan. Ini juga menunjukkan negara tidak mengiktiraf seni sebagai subjek pelajaran penting.
    Tidak pada di negara2 seperti perancis , jerman, jepun dan sebagainya. mereka menekankan subjek seni sebagai subjek yang perlu diikuti untuk mengisi kuota merit persekolahan.
    Seni bukan terhasil dengan ijazah bergulung, tapi dengan ilham pemikiran seseorang karyawan itu. Hanya mereka yang cekal dan tabah dapat menghasilkan sesuatu yang dinilai....

    p/s : saya orang sastera


  2. saya setuju ngn Raden, mmg sistem pendidikan kite menilai manusia begitu rupa...sbnrnya saya sndri akui minat bidang seni...terutama lakonan dengan lukisan.tapi seperti saudara statekn tadi, sistem pendidikan kite menghalang pelajar tuk msuk kesenian kerana tanggapan kesenian hanya tuk budak kurang cerdik...trus terang saya ckp, if sruh rakan2 biosains saya wt lukisan skalipn, msti ade yang merungut sbb tak ade kemahiran.bg saya kite sume ni pandai...pandai dalam hal masing2...jadi x ptut ade diskiminasi pendidikan. just opinion ;p


    Brape Kali Kene Kelik